CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

konsep blog saya

Hadratul Islami adalah ketamadunan islam yang mana islam adalah agama sepanjang zaman. Agama Islam jugalah yang menjadi panduan kepada perkembangan tamadun dunia keseluruhannya tidak kira dari segi kehidupan, politik, ketenteraan, pemerintahan dan sebagainya.

Sesunguhnya Islam itu meyelubungi seluruh pelusuk di dalam kehidupan harian manusia yang beragama Islam dan sejud pada kiblat yang sama dan menghambakan diri kepada ALLAH tuhan yang SATU...

Friday, October 24, 2008

Isu Politik Islam

Islam Dan Politik

Sisitem yang di asakan oleh Rasulullah saw dan goloongan mukminin yang hidup bersama baginda di Madinah, jika dilihat dari segi amali dan diukur dengan pelbagai teori politik pada era moden tidak disangsikan lagi bahawa sistem itu adalah sistem politik 'par-excellence'. Dalam waktu yang sama, dapat dikatakan bahawa sistem itu adalah sistem 'keagamaan', jika dilihat daripada tujuan-tujuannya, motivasinya, dan fundamentel maknawi tempat sistem itu berpijak atau bertapak.
Hakikat Islam yang sempurna merangkumi urusan-urusan material dan rohani, dan mengurus perilaku erbuatan manusia dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Bahkan falsafah umumnya merangkumi kedua-dua perkara tersebut, dan tidak membezakan di antara kedua-duanya, kecuali dari segi perbezaan pandangan. Sedangkan kedua-dua perkara itu sendiri berpadu dalam kesatuan yang tunggal secara ‘solid’; saling beriringan dan tidak mungkin terpisah antara satu sama lain.
Fakta tentang sifat Islam ini amat jelas, sehingga tidak memerlukan banyak dalil atau alasan untuk menyerlahkan bukti-buktinya. Perkara itu telah disokong oleh fakta-fakta sejarah, dan menjadi keyakinan kaum Muslimin sepanjang sejarah yang telah dilalui. Bagaimanapun, terdapat sebahagian umat Islam sendiri yang mendakwa diri mereka sebagai ‘kalangan pembaharu’, dengan terang-terangan mengingkari fakta ini.
Mereka mendakwa bahawa Islam hanyalah sekadar ‘dakwah agama’: maksud mereka, Islam sekadar keyakinan atau hubungan rohani antara individu dengan Pencipta-nya, dan tidak mempunyai hubung kaitnya dengan urusan-urusan yang kita namakan sebagai urusan material dalam kehidupan di dunia ini. Di antara urusan-urusan ini ialah masalah-masalah peperangan dan harta, dan yang paling utama ialah masalah politik. Di antara kata-kata mereka itu ialah ‘agama adalah satu perkara, dan politik adalah perkara lain.’

0 comments:

macam2...