CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

konsep blog saya

Hadratul Islami adalah ketamadunan islam yang mana islam adalah agama sepanjang zaman. Agama Islam jugalah yang menjadi panduan kepada perkembangan tamadun dunia keseluruhannya tidak kira dari segi kehidupan, politik, ketenteraan, pemerintahan dan sebagainya.

Sesunguhnya Islam itu meyelubungi seluruh pelusuk di dalam kehidupan harian manusia yang beragama Islam dan sejud pada kiblat yang sama dan menghambakan diri kepada ALLAH tuhan yang SATU...

Friday, October 24, 2008

Isu Negara Islam

Isu Negara ISlam bukan lah sat yang baru dalam negara kita. biarpun perkataan ''negara Islam'' tidak popular di zaman nabi Muhammad saw mahupun di zaman awal pemerintahan Islam di Semenanjung sebelum berlaku penjajahan barat. kewujudan masyarakat, wilayah,negeri atau negara melaksanakan hukum dan peraturan serta penghayatan hidup cara Islam sepenuhnya telah terpahat dalam lipatan sejarah tanah air.
"Negara Islam" pernah wujud. kini umat Islam harus mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah dicipta di abad ke 15 Masihi. Ia harus bermula dari diri individu Muslim sendiri seperti mana kata Hassan Al-Hudaibi,"tegakkanlah negara ISlam dalam dirimu sendiri" dan ikuti dengan menegakkan ''negara Islam'' dalam negara. ini sekaligus menuntut individu Muslim supaya memiliki kefahaman yang jelas tentang tasawwur nagara Islam yang dimaksudkan, serta memperjuangkannya.
Ibnu Taimiyyah menegaskan bahawa "memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuatan pimpinan) itu. olehitu kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang terbaik, melarang dari yang mungkar, membela orang ang teraniaya, melakukan jihad, laksanakan hudud dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak aka terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan."

0 comments:

macam2...