CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

konsep blog saya

Hadratul Islami adalah ketamadunan islam yang mana islam adalah agama sepanjang zaman. Agama Islam jugalah yang menjadi panduan kepada perkembangan tamadun dunia keseluruhannya tidak kira dari segi kehidupan, politik, ketenteraan, pemerintahan dan sebagainya.

Sesunguhnya Islam itu meyelubungi seluruh pelusuk di dalam kehidupan harian manusia yang beragama Islam dan sejud pada kiblat yang sama dan menghambakan diri kepada ALLAH tuhan yang SATU...

Friday, October 24, 2008

Isu Ilmu Islam

Al Bujani, Pelopor Ilmu Geometri

Muhammad Ibnu Yahya Ibn Ismail Ibn Abbas Abu Wafa Muhammad Al-Buzjani merupakan antara ilmuan Muslim yang turut mewarnai khazanah pengetahuan masa lalu. Dia tercatat sebagai seorang ahli ilmu Matematik dan Astronomi. Beliau bayak belajar ilmu matematik dan geometri dengan bapa saudaranya Abu 'Amru al-Mughazili dan Abu Abdullah Muhammad Ibnu An-Basah.

Beliau banyak membantu para ilmuan serta secara peribadi mengembang beberapa teori penting dalam bidang matematikterutamanya geometri dan trigonometri. Beliau juga dikenali sebagai pakar bidang sains, teknologi , astronomi dan kejuruteraan. Pencapaian beliau sukar di tandingi oleh mana-mana ilmuan ketika itu. Belian bayak mengkaji perkara dan masalah yang sukar dalam ilmu kejuruteraan.

Keadaan ini memperlihatkan kehebatan dan kebolehan beliau yang tidak ada pada individu lain. Justeru, beliau dilihat sebagai pelengkap kepada pengajian ilmu kejuruteraan dan memperbaiki segala kelemahan dalam ilmu itu.

Karya beliau dalam bidang ini iaitu Kitab al-manazil fil Al-Hisab iaitu satu ulasan terhadap buku karya al-Khawarizmi, tokoh matematik sebelum itu. Beliau juga menghasilakn buku panduan khusus untuk pekerja dan pedagang yang mempunyai formula matematik serta sifir yang mudah difahami. Karya beliau dalam bidang matematik adlah Kitab 'Ilm al-Hisab (buku praktis arimetik) dan kitab Al-handsa (geometri Terapan.)

Dalam bidang astronomi . al-Buzjani mengkai kedudukan plenet dan bagaimana ia beredar. beliau juga adlah seorang ahli jawatankuasa meneropong bintang yang ditubuhkan kerajaan Syarat ad-Daulah pada 377 Hijrah

bagi memastikan kajiannya dapat dijadikan panduan pelajar dan masyarakat ketika itu, Al-Buzjani menghasilkan kitab Al-kamil (buku lengkap) yang mengandungi tiga bahagian khusus tentang planet.

Isu Penuntut Islam IPTA

Kebebasan Bepersatuan Pada Mahasiswa..apa pentingnya..?

Kebebasan berorganisasi, kebebasan menjalankan aktiviti secara berkumpulan dan kebebasan mencatur pergerakan sekumpulan orang yang merupakan kaitan sinonim dengan kebebasan berpersatuan bermakna tiap orang bebas menggerakkan organisasi ataupun istilah arabnya dipanggil "Jemaah". Kebebasan itu dipagari dengan kepentingan umum dan juga perkara berkaitan larangan perlakuan jenayah. Kebebasan merupakan satu termonologi yang bersifat simbiosis ataupun tidak jelas kerana ia adalah subjektif dari sudut praktikel mahupon pendekatan. Dalam erti kata mudah, kebebasan berpesaruan adala satu keperluan asasi bagi manusia berakal tetapi terhad dengan sekatan-sekatan tertentu. Sekiranya tembol kebebasan hak ini dikecap, nescaya pengurusan sistemetik organisasi akan dapat diterjemah dalam bentuk tindakan.

Dalam Islam, agama kita amat menggalakkan wujudnya pengurusan organisasi yang bersistemetik serta tersusun dan ini dapat dilihat oleh firman Allah SWT dalam surah as-Saf ayat 4 iaitu :" Sesungguhya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan teratur rapi, seolah olah mereka bangunan yang tersusun kukuh."

Dan juga hadis Nabi saw bersabda : "sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang dari kamu melakukan suatu kerja maka dia melakukan kerja itu dengan penuh kemahiran."

Isu Politik Islam

Islam Dan Politik

Sisitem yang di asakan oleh Rasulullah saw dan goloongan mukminin yang hidup bersama baginda di Madinah, jika dilihat dari segi amali dan diukur dengan pelbagai teori politik pada era moden tidak disangsikan lagi bahawa sistem itu adalah sistem politik 'par-excellence'. Dalam waktu yang sama, dapat dikatakan bahawa sistem itu adalah sistem 'keagamaan', jika dilihat daripada tujuan-tujuannya, motivasinya, dan fundamentel maknawi tempat sistem itu berpijak atau bertapak.
Hakikat Islam yang sempurna merangkumi urusan-urusan material dan rohani, dan mengurus perilaku erbuatan manusia dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Bahkan falsafah umumnya merangkumi kedua-dua perkara tersebut, dan tidak membezakan di antara kedua-duanya, kecuali dari segi perbezaan pandangan. Sedangkan kedua-dua perkara itu sendiri berpadu dalam kesatuan yang tunggal secara ‘solid’; saling beriringan dan tidak mungkin terpisah antara satu sama lain.
Fakta tentang sifat Islam ini amat jelas, sehingga tidak memerlukan banyak dalil atau alasan untuk menyerlahkan bukti-buktinya. Perkara itu telah disokong oleh fakta-fakta sejarah, dan menjadi keyakinan kaum Muslimin sepanjang sejarah yang telah dilalui. Bagaimanapun, terdapat sebahagian umat Islam sendiri yang mendakwa diri mereka sebagai ‘kalangan pembaharu’, dengan terang-terangan mengingkari fakta ini.
Mereka mendakwa bahawa Islam hanyalah sekadar ‘dakwah agama’: maksud mereka, Islam sekadar keyakinan atau hubungan rohani antara individu dengan Pencipta-nya, dan tidak mempunyai hubung kaitnya dengan urusan-urusan yang kita namakan sebagai urusan material dalam kehidupan di dunia ini. Di antara urusan-urusan ini ialah masalah-masalah peperangan dan harta, dan yang paling utama ialah masalah politik. Di antara kata-kata mereka itu ialah ‘agama adalah satu perkara, dan politik adalah perkara lain.’

Isu Pembentukan Keluarga Islam

Diriwayatkan bahawa Rasulullah menceritakan kepada sahabat bahawa isteri al-Haththab (seorang pencari kayu api) adalah ahli syurga. kerana baiknya perangai dan skapnya kepada suaminya. Apabila ditanya kepada wanita itu bagaimana sikap terhadap suaminya, dia berkata:
"apabila suamiku keluar rumah untuk mencari kayu api, aku juga merasakan betapa ketih dan penatnya suamiku dalam usaha mencari rezeki untuk kami sekelarga. aku juga merasakan betapa hausnya dia berada di atas bukit-bukit seakan-akan kerongkong ku juga kering kerananya. maka aku sediakan air sejuk ntuk diminumnya apabila dia sampa di rumah.''

"aku susun kelengkapan rumahku engan sebaik-baiknya serta aku sediakan makanan kegemarannya. Kemudian aku tegak menunggu kepulangannay dengan pakaian yang baik, sehingga apabila dia pulang aku sambut bagaikan pengantin baru yang menyambut suaminya yang dirindui, aku serahkan diriku dengan pasrah kepadanya. Apabila dia ingin beristirehat au melayaninya. Apabila menghendakiku, aku sentiasa berada dalam pelukannya, bagaikan seorang kanak-kanak yang ditmang-timan dengan manja oleh ayahnya."

Beginilah jawapan isteri kepada seorang pengumpul kayi api yang diberitakan oleh Rasulullah bahawa wanita ini adalah ahli syurga. Sebagaimana yang dumpamakan oleh para ulama' bahawa isteri yang solehah seperti sekelompok gagak berterbangan belum tentu ada seekor gagak yang dihujung sayapnya ada tompok putih. Suami yang soleh dan Isteri yang solehah adalah impian setiap insan yang menginginkan keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat.

Isu Undang-undang Islam

Majlis fatwa Pandang Serius Isu Pengkid

Persidangan majlis Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan melahirkan kebmbangan dengan fenomena pengkid iaiut anak gads yag menyamar sebagai lelaki samaada dari segi peilaku pemakaian sehingga melakukan seks sesama jenis.

Prfo. Dr Abdul Shukor Husin berkata bahawa gejala ini perlu disekat kerana semakin berleluasa dan semakain serius. beliau menyatakan bahawa gejala pengkid ini adalah haram di sisi syara'.

Isu Negara Islam

Isu Negara ISlam bukan lah sat yang baru dalam negara kita. biarpun perkataan ''negara Islam'' tidak popular di zaman nabi Muhammad saw mahupun di zaman awal pemerintahan Islam di Semenanjung sebelum berlaku penjajahan barat. kewujudan masyarakat, wilayah,negeri atau negara melaksanakan hukum dan peraturan serta penghayatan hidup cara Islam sepenuhnya telah terpahat dalam lipatan sejarah tanah air.
"Negara Islam" pernah wujud. kini umat Islam harus mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah dicipta di abad ke 15 Masihi. Ia harus bermula dari diri individu Muslim sendiri seperti mana kata Hassan Al-Hudaibi,"tegakkanlah negara ISlam dalam dirimu sendiri" dan ikuti dengan menegakkan ''negara Islam'' dalam negara. ini sekaligus menuntut individu Muslim supaya memiliki kefahaman yang jelas tentang tasawwur nagara Islam yang dimaksudkan, serta memperjuangkannya.
Ibnu Taimiyyah menegaskan bahawa "memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuatan pimpinan) itu. olehitu kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang terbaik, melarang dari yang mungkar, membela orang ang teraniaya, melakukan jihad, laksanakan hudud dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak aka terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan."

Thursday, October 23, 2008

Isu Penghayatan Islam

Zahirkan Kesyukuran Melalui Aidilfitri

Allah berfirman dalam surah Al-baqarah ayat 185 yang bermaksud " supaya kamu menyempurnakan bilangan iaitu hari-hari yang di tuntut untuk berpuasa dan hendaklah kamu bertakbir di atas kurniaan Allah kepada kamu mudah-mudahan kamu menjadi hamba yang bersyukur."

apabila kita berbicara mengenai hari raya maka kita akan mengatakan hari berseronok dan bergembira. memang ini tidak dinafikan dalam Islam iktiraf hak orang islam untuk berseronok dan bergembira, tetapi islam meletakkan batas-batas yang tertentu.

Bergembira dan berseronok dalam konteks bertakbir, membesarkan dan memuji Allah SWT. kerana itu pada hari raya aidilfitri disunatkan kita bertakbir sebagai kita mengzahirkan kesyukuran kita terhadap kurniaan Allah keatas diri kita.

dalam masa yang sama berterima kasih atas rasa bersyukur kurniaan Allah yang terbesar iaitu nikmat Islam dan iman. apa makna berseronok jika nikmat kedua-dua itu dilucutkan daripada diri kita. pada masa itu bergembira seseorang samalah seperti haiwan dan mereka yang tidak ada nilai islam dan Iman.

Isu Pendidikan Kanak-kanak

Allah s.w.t mengajar kita supaya berdoa kepada-Nya dengan doa yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada seksa api neraka.”Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Apabila mati anak adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah yang berkekalan kegunaannya, anak salih yang mendoakannya dan ilmu yang dimanfaatkan.”Anak merupakan satu aset penting di dunia dan juga di akhirat. Anak adalah satu sumber kekuatan bagi keluarga, masyarakat dan negara serta ummah seluruhnya. Anak-anak perlu dididik dengan akhlak-akhlak mulia supaya kelak akan membesar sebagai seorang manusia yang mempunyai nilai diri, mengetahui dan menunaikan tanggungjawab dan jauh daripada sebarang bentuk penyelewengan.
Dewasa ini, dengan perkembangan dunia yang semakin terbuka, dunia tanpa batasan, era globalisasi dan perhubungan komunikasi yang semakin merapatkan jarak antara negara dan bangsa, generasi muda terutama yang masih belum mempunyai jati diri yang kukuh amat terdedah kepada ancaman elemen-elemen negatif yang boleh merosakkan akhlak dan sahsiah keislaman mereka.
Bentuk kehidupan anak-anak remaja khususnya, perlu dibentuk dengan acuan yang menepati identiti keislaman yang sebenar. Kegagalan membentuk kehidupan mereka mengikut lunas-lunas dan garis panduan Islam akan menyebabkan berlakunya penyelewengan-penyelewengan sama ada besar atau kecil dalam perlakuan harian mereka. Penyelewengan-penyelewengan ini akan mengakibatkan kerugian yang tidak ternilai sama ada kerugian sama ada yang ditanggung oleh diri, keluarga, masyarakat, negara mahupun umat Islam keseluruhannya. Ini kerana setiap individu yang ada dalam masyarakat Islam adalah suatu yang bernilai dan mempunyai peranan serta tanggungjawabnya yang tersendiri. Walau sekecil mana sekalipun peranan yang dipikul ia tetap menjadi pelengkap kepada binaan masyarakat dan juga negara. Lihat sahaja nilai kerugian apabila ramai daripada kalangan remaja dan muda-mudi Melayu Islam terjebak ke lembah penagihan dadah dan perlakuan jenayah.
Kerugian ini lebih-lebih lagi dapat dirasai apabila individu remaja atau muda-mudi yang terlibat dengan penyelewengan ini adalah daripada kalangan mereka yang mempunyai potensi yang tinggi sama ada potensi akal mahupun tenaga kemahiran.Justeru itu, mahu tidak mahu ibubapa sekarang ini perlu mengorak langkah secara bersungguh-sungguh dalam mendidik dan memandu anak-anak semenjak dari kecil supaya apabila mereka meningkat remaja dan belia akan mudah mengikut cara hidup yang sihat dan lurus. bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya..."

Isu Ekonomi Islam

insuran daripada Perspektif Islam

Secara am insuran ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mewujudkan satu tabungan atau dana kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah. Amalan seumpama ini selaras dengan tuntutan Islam kerana dengan kerjasama ini ia dilihat dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan seperti dan apa yang tersirat dalam konsep insuran adalah selari dengan tuntutan Islam, sebagaimana maksud hadis yang bermaksud:"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia." (Riwayat Ibnu Majah)Pada ketika ini kebanyakan ulama umumnya sepakat mengatakan bahawa operasi insuran dalam bentuk sekarang tidak menepati hukum syarak.Jika konsep insuran diterima Islam, mengapa pula operasi seperti yang ada dalam pelbagai jenis polisi yang disediakan oleh syarikat insuran sekarang didapati bercanggah dengan kehendak syarak?
Misalnya, Jawatankuasa Fatwa, Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam mesyuarat pada 15 Jun 1972, memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana dijalankan oleh syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat yang ‘fasid’ kerana tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi aqadnya, kerana mengandungi unsur yang tidak Islamik. Jadi hukumnya menurut Islam adalah HARAM.Selain itu, Akademi Feqah Islam (Majmak Fiqh) yang anggotanya terdiri daripada ulama dari seluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan di bawah Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22 hingga 28 Disember 1995, memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insuran, bahawa kontrak perniagaan insuran yang disediakan oleh syarikat insuran mengandungi unsur yang membawa kepada fasid. Yang demikian, menurut Majmak Fiqh, ia HARAM di sisi syarak. Daripada kedua-dua keputusan, ini jelas menunjukkan ulama sependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah.
Oleh itu, ulama memutuskan perniagaan insuran yang disediakan oleh syarikat insuran sekarang tidak menepati hukum syarak kerana polisi insuran adalah kontrak atau akad jual beli. Di bawah urusan transaksinya, pembeli yang dipanggil pemegang polisi dikehendaki membayar wang premium sebagai harga kepada syarikat insuran yang menjual polisi insuran yang menyediakan faedah perlindungan sama ada untuk diri (nyawa) atau harta benda pemegang polisi itu sendiri.Jual beli dalam Islam mempunyai rukun tertentu. Sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira tidak sempurna dan boleh membatalkan akad tersebut.Dalam kontrak jual beli insuran, salah satu rukun yang tidak sempurna ialah yang berkaitan dengan mu`qadalaih (apa yang diakadkan). Perkara atau apa yang diakadkan, yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengandungi unsur `gharar`. Jika rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual beli menjadi cacat. Gharar dilarang oleh Rasulullah s.a.w mengikut sabda baginda yang bermaksud:"Rasulullah s.a.w melarang jual beli secara baling batu dan jual beli gharar." (Riwayat Muslim)Sehubungan itu, ulama menjelaskan gharar dalam salah satu daripada tiga sebab berikut:• Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang);• Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli; dan• Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak dapat ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya, banyaknya atau lain-lain.Dalam konteks ini, ulama berpendapat perkara ketiga di atas menunjukkan ada unsur gharar dalam konteks jual beli insuran. Dalam setiap urusan, Islam sentiasa menekankan kepada prinsip keadilan dan kebaikan dan unsur gharar telah menafikan kedua-dua prinsip ini.
Oleh hal yang demikian itu mana-mana kontrak jual beli yang mengandungi amalan atau mengenakan syarat berat sebelah dan kesannya boleh membawa kerugian kepada sebelah pihak sahaja adalah jual beli gharar.Misalnya, syarat yang menetapkan luputnya wang pembeli atau pengembalian wang tidak mengikut kiraan yang adil, sekiranya pembeli terbabit tidak memenuhi kewajipan, tempoh atau tanggungjawab tertentu seperti membatalkan atau memecahkan akad sebelum genap tempoh yang dipersetujui. Urusan jual beli seperti ini, tidak mengambil kira langsung kepentingan keadilan dan kebaikan kepada akad atau pihak-pihak yang berakad, lebih-lebih lagi pembeli yang menyumbangkan wang.

Tuesday, October 21, 2008

Isu-isu akidah Islam

Remaja merupakan golongan pewaris kepimpinan negara dan penerus wawasan agama bangsa dan negara. dunia hari ini menjadikan pemikiran golongan remaja sekarang minda mereka lebih terbuka dan menjadi bebas. Sesunggunya Islam mengharamkan perbuatan zina kerana adalah satu cara penyaluran tenaga batin yang tidak mengikut saluran yang betul yang mengikut syariat Islam. pada masa kini gejala ini dan kerosakan akidah semakin berleluasa dengan penglibatan mejoritinya adalah dari golongan remaja yang akan menjadi pewaris negara bangsa dan agama terutamanya.
Dengan wujudnya amalan zina ini timbul bayaknya virus yang boleh membawa keburukan kepada akidah umat islam sendiri. Jika hal ini semakin berleluasa pasti musnah harapan negara bangsa dan agama untuk maju dan membangun. Oleh itu remaja haruslah menjauhkan diri dari pergaulan bebas, menjauhkan diri dari terjebak dari persoalan cinta yang bertuankan nafsu, dan segala perkara yang boleh menjatuhkan maruah diri bangsa agama yag utama.

sabda Nabi saw "seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada dalam keimanan, dan seorang pencuri tidakakan mencuri jika dia berada dalam keimanan, dan seorang peminum arak tidak akan minum arak jika dia berada alam keimanan."(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seharusnya bangsa melayu yang beagama Islam yang dilebelkan negara Islam oleh negara luar perlulah menjadi contoh dan menjadi ikutan kepada agama lain dan negara-negara lain dan disamping itu dapat memperbetulkan persepsi ataupun pandangan orang barat bahawa Islam adalah pengganas dan perlu di perangi. dan remaja perlulah celik dan bangun dari tidur dari mimpi yang menghakyutkan mereka ke lembah kebinasaan. kita tidak mahu nilai murni yang mulia yang ditinggalkan kepada golongan remaja hilang dilupakan begitu saja.

Wednesday, September 17, 2008

nama syaitan dal surah al-Fatihah

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK'
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!! Na'udzubillahimindzalik....
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ................hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Thursday, September 11, 2008

tkaeITtheeziy..

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat puncakematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

adoiii...

aduss..

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belumdibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatanyang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang cikgu bagi semalam.

p/s nape tak terpikir dulu time sekolah..aduss...

Tuesday, September 9, 2008

hanya ingin mengingatkan...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laailahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

macam2...