CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

konsep blog saya

Hadratul Islami adalah ketamadunan islam yang mana islam adalah agama sepanjang zaman. Agama Islam jugalah yang menjadi panduan kepada perkembangan tamadun dunia keseluruhannya tidak kira dari segi kehidupan, politik, ketenteraan, pemerintahan dan sebagainya.

Sesunguhnya Islam itu meyelubungi seluruh pelusuk di dalam kehidupan harian manusia yang beragama Islam dan sejud pada kiblat yang sama dan menghambakan diri kepada ALLAH tuhan yang SATU...

Friday, October 24, 2008

Isu Ilmu Islam

Al Bujani, Pelopor Ilmu Geometri

Muhammad Ibnu Yahya Ibn Ismail Ibn Abbas Abu Wafa Muhammad Al-Buzjani merupakan antara ilmuan Muslim yang turut mewarnai khazanah pengetahuan masa lalu. Dia tercatat sebagai seorang ahli ilmu Matematik dan Astronomi. Beliau bayak belajar ilmu matematik dan geometri dengan bapa saudaranya Abu 'Amru al-Mughazili dan Abu Abdullah Muhammad Ibnu An-Basah.

Beliau banyak membantu para ilmuan serta secara peribadi mengembang beberapa teori penting dalam bidang matematikterutamanya geometri dan trigonometri. Beliau juga dikenali sebagai pakar bidang sains, teknologi , astronomi dan kejuruteraan. Pencapaian beliau sukar di tandingi oleh mana-mana ilmuan ketika itu. Belian bayak mengkaji perkara dan masalah yang sukar dalam ilmu kejuruteraan.

Keadaan ini memperlihatkan kehebatan dan kebolehan beliau yang tidak ada pada individu lain. Justeru, beliau dilihat sebagai pelengkap kepada pengajian ilmu kejuruteraan dan memperbaiki segala kelemahan dalam ilmu itu.

Karya beliau dalam bidang ini iaitu Kitab al-manazil fil Al-Hisab iaitu satu ulasan terhadap buku karya al-Khawarizmi, tokoh matematik sebelum itu. Beliau juga menghasilakn buku panduan khusus untuk pekerja dan pedagang yang mempunyai formula matematik serta sifir yang mudah difahami. Karya beliau dalam bidang matematik adlah Kitab 'Ilm al-Hisab (buku praktis arimetik) dan kitab Al-handsa (geometri Terapan.)

Dalam bidang astronomi . al-Buzjani mengkai kedudukan plenet dan bagaimana ia beredar. beliau juga adlah seorang ahli jawatankuasa meneropong bintang yang ditubuhkan kerajaan Syarat ad-Daulah pada 377 Hijrah

bagi memastikan kajiannya dapat dijadikan panduan pelajar dan masyarakat ketika itu, Al-Buzjani menghasilkan kitab Al-kamil (buku lengkap) yang mengandungi tiga bahagian khusus tentang planet.

0 comments:

macam2...