CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

konsep blog saya

Hadratul Islami adalah ketamadunan islam yang mana islam adalah agama sepanjang zaman. Agama Islam jugalah yang menjadi panduan kepada perkembangan tamadun dunia keseluruhannya tidak kira dari segi kehidupan, politik, ketenteraan, pemerintahan dan sebagainya.

Sesunguhnya Islam itu meyelubungi seluruh pelusuk di dalam kehidupan harian manusia yang beragama Islam dan sejud pada kiblat yang sama dan menghambakan diri kepada ALLAH tuhan yang SATU...

Thursday, October 23, 2008

Isu Pendidikan Kanak-kanak

Allah s.w.t mengajar kita supaya berdoa kepada-Nya dengan doa yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada seksa api neraka.”Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Apabila mati anak adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah yang berkekalan kegunaannya, anak salih yang mendoakannya dan ilmu yang dimanfaatkan.”Anak merupakan satu aset penting di dunia dan juga di akhirat. Anak adalah satu sumber kekuatan bagi keluarga, masyarakat dan negara serta ummah seluruhnya. Anak-anak perlu dididik dengan akhlak-akhlak mulia supaya kelak akan membesar sebagai seorang manusia yang mempunyai nilai diri, mengetahui dan menunaikan tanggungjawab dan jauh daripada sebarang bentuk penyelewengan.
Dewasa ini, dengan perkembangan dunia yang semakin terbuka, dunia tanpa batasan, era globalisasi dan perhubungan komunikasi yang semakin merapatkan jarak antara negara dan bangsa, generasi muda terutama yang masih belum mempunyai jati diri yang kukuh amat terdedah kepada ancaman elemen-elemen negatif yang boleh merosakkan akhlak dan sahsiah keislaman mereka.
Bentuk kehidupan anak-anak remaja khususnya, perlu dibentuk dengan acuan yang menepati identiti keislaman yang sebenar. Kegagalan membentuk kehidupan mereka mengikut lunas-lunas dan garis panduan Islam akan menyebabkan berlakunya penyelewengan-penyelewengan sama ada besar atau kecil dalam perlakuan harian mereka. Penyelewengan-penyelewengan ini akan mengakibatkan kerugian yang tidak ternilai sama ada kerugian sama ada yang ditanggung oleh diri, keluarga, masyarakat, negara mahupun umat Islam keseluruhannya. Ini kerana setiap individu yang ada dalam masyarakat Islam adalah suatu yang bernilai dan mempunyai peranan serta tanggungjawabnya yang tersendiri. Walau sekecil mana sekalipun peranan yang dipikul ia tetap menjadi pelengkap kepada binaan masyarakat dan juga negara. Lihat sahaja nilai kerugian apabila ramai daripada kalangan remaja dan muda-mudi Melayu Islam terjebak ke lembah penagihan dadah dan perlakuan jenayah.
Kerugian ini lebih-lebih lagi dapat dirasai apabila individu remaja atau muda-mudi yang terlibat dengan penyelewengan ini adalah daripada kalangan mereka yang mempunyai potensi yang tinggi sama ada potensi akal mahupun tenaga kemahiran.Justeru itu, mahu tidak mahu ibubapa sekarang ini perlu mengorak langkah secara bersungguh-sungguh dalam mendidik dan memandu anak-anak semenjak dari kecil supaya apabila mereka meningkat remaja dan belia akan mudah mengikut cara hidup yang sihat dan lurus. bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya..."

2 comments:

...Adoreable... said...

kalau semua ibubapa prihatin dgn institusi kuarga mereka, agaknye cara ini adalah slh 1 cara leh di aplikasikan...

izzah said...

Salam...
sebagaimana yang dijelaskan dalam artikel ini bahawa pendidikan anak-anak suatu isu yang penting untuk memastikan anak-anak membesar dalam keadaan yang baik tanpa terpengaruh dengan perkara yang negatif. Jadi, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sejak kecil lagi. Perlu diingat juga bahawa ibu bapa mesti manjadi contoh tanladan yang baik tehadap anak-anak. Ini kerana, sifat dan sikap mereka akan mempengaruhi sifat dan sikap anak-anak suatu hari kelak. Semoga pendidikan anak-anak yang baik melahirkan generasi yang berguna..InsyaAllah.

macam2...