CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

konsep blog saya

Hadratul Islami adalah ketamadunan islam yang mana islam adalah agama sepanjang zaman. Agama Islam jugalah yang menjadi panduan kepada perkembangan tamadun dunia keseluruhannya tidak kira dari segi kehidupan, politik, ketenteraan, pemerintahan dan sebagainya.

Sesunguhnya Islam itu meyelubungi seluruh pelusuk di dalam kehidupan harian manusia yang beragama Islam dan sejud pada kiblat yang sama dan menghambakan diri kepada ALLAH tuhan yang SATU...

Tuesday, October 21, 2008

Isu-isu akidah Islam

Remaja merupakan golongan pewaris kepimpinan negara dan penerus wawasan agama bangsa dan negara. dunia hari ini menjadikan pemikiran golongan remaja sekarang minda mereka lebih terbuka dan menjadi bebas. Sesunggunya Islam mengharamkan perbuatan zina kerana adalah satu cara penyaluran tenaga batin yang tidak mengikut saluran yang betul yang mengikut syariat Islam. pada masa kini gejala ini dan kerosakan akidah semakin berleluasa dengan penglibatan mejoritinya adalah dari golongan remaja yang akan menjadi pewaris negara bangsa dan agama terutamanya.
Dengan wujudnya amalan zina ini timbul bayaknya virus yang boleh membawa keburukan kepada akidah umat islam sendiri. Jika hal ini semakin berleluasa pasti musnah harapan negara bangsa dan agama untuk maju dan membangun. Oleh itu remaja haruslah menjauhkan diri dari pergaulan bebas, menjauhkan diri dari terjebak dari persoalan cinta yang bertuankan nafsu, dan segala perkara yang boleh menjatuhkan maruah diri bangsa agama yag utama.

sabda Nabi saw "seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada dalam keimanan, dan seorang pencuri tidakakan mencuri jika dia berada dalam keimanan, dan seorang peminum arak tidak akan minum arak jika dia berada alam keimanan."(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seharusnya bangsa melayu yang beagama Islam yang dilebelkan negara Islam oleh negara luar perlulah menjadi contoh dan menjadi ikutan kepada agama lain dan negara-negara lain dan disamping itu dapat memperbetulkan persepsi ataupun pandangan orang barat bahawa Islam adalah pengganas dan perlu di perangi. dan remaja perlulah celik dan bangun dari tidur dari mimpi yang menghakyutkan mereka ke lembah kebinasaan. kita tidak mahu nilai murni yang mulia yang ditinggalkan kepada golongan remaja hilang dilupakan begitu saja.

1 comments:

NuRuL SHamiRA said...

salam...
emm...sini saya nak bagi sikit pandangan mengenai remaja pada masakini yang mana mereka memerlukan lebih perhatian bagi mengatasi masalah yang berkaitan dgn akidah yang semakin membimbangkan..

macam2...