Kebebasan Bepersatuan Pada Mahasiswa..apa pentingnya..?
Kebebasan berorganisasi, kebebasan menjalankan aktiviti secara berkumpulan dan kebebasan mencatur pergerakan sekumpulan orang yang merupakan kaitan sinonim dengan kebebasan berpersatuan bermakna tiap orang bebas menggerakkan organisasi ataupun istilah arabnya dipanggil "Jemaah". Kebebasan itu dipagari dengan kepentingan umum dan juga perkara berkaitan larangan perlakuan jenayah. Kebebasan merupakan satu termonologi yang bersifat simbiosis ataupun tidak jelas kerana ia adalah subjektif dari sudut praktikel mahupon pendekatan. Dalam erti kata mudah, kebebasan berpesaruan adala satu keperluan asasi bagi manusia berakal tetapi terhad dengan sekatan-sekatan tertentu. Sekiranya tembol kebebasan hak ini dikecap, nescaya pengurusan sistemetik organisasi akan dapat diterjemah dalam bentuk tindakan.
Dalam Islam, agama kita amat menggalakkan wujudnya pengurusan organisasi yang bersistemetik serta tersusun dan ini dapat dilihat oleh firman Allah SWT dalam surah as-Saf ayat 4 iaitu :" Sesungguhya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan teratur rapi, seolah olah mereka bangunan yang tersusun kukuh."
Dan juga hadis Nabi saw bersabda : "sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang dari kamu melakukan suatu kerja maka dia melakukan kerja itu dengan penuh kemahiran."
Friday, October 24, 2008
Isu Penuntut Islam IPTA
Posted by khairol at 8:11 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment