Al Bujani, Pelopor Ilmu Geometri
Muhammad Ibnu Yahya Ibn Ismail Ibn Abbas Abu Wafa Muhammad Al-Buzjani merupakan antara ilmuan Muslim yang turut mewarnai khazanah pengetahuan masa lalu. Dia tercatat sebagai seorang ahli ilmu Matematik dan Astronomi. Beliau bayak belajar ilmu matematik dan geometri dengan bapa saudaranya Abu 'Amru al-Mughazili dan Abu Abdullah Muhammad Ibnu An-Basah.
Beliau banyak membantu para ilmuan serta secara peribadi mengembang beberapa teori penting dalam bidang matematikterutamanya geometri dan trigonometri. Beliau juga dikenali sebagai pakar bidang sains, teknologi , astronomi dan kejuruteraan. Pencapaian beliau sukar di tandingi oleh mana-mana ilmuan ketika itu. Belian bayak mengkaji perkara dan masalah yang sukar dalam ilmu kejuruteraan.
Keadaan ini memperlihatkan kehebatan dan kebolehan beliau yang tidak ada pada individu lain. Justeru, beliau dilihat sebagai pelengkap kepada pengajian ilmu kejuruteraan dan memperbaiki segala kelemahan dalam ilmu itu.
Karya beliau dalam bidang ini iaitu Kitab al-manazil fil Al-Hisab iaitu satu ulasan terhadap buku karya al-Khawarizmi, tokoh matematik sebelum itu. Beliau juga menghasilakn buku panduan khusus untuk pekerja dan pedagang yang mempunyai formula matematik serta sifir yang mudah difahami. Karya beliau dalam bidang matematik adlah Kitab 'Ilm al-Hisab (buku praktis arimetik) dan kitab Al-handsa (geometri Terapan.)
Dalam bidang astronomi . al-Buzjani mengkai kedudukan plenet dan bagaimana ia beredar. beliau juga adlah seorang ahli jawatankuasa meneropong bintang yang ditubuhkan kerajaan Syarat ad-Daulah pada 377 Hijrah
bagi memastikan kajiannya dapat dijadikan panduan pelajar dan masyarakat ketika itu, Al-Buzjani menghasilkan kitab Al-kamil (buku lengkap) yang mengandungi tiga bahagian khusus tentang planet.
Friday, October 24, 2008
Isu Ilmu Islam
Posted by khairol at 8:36 PM 0 comments
Isu Penuntut Islam IPTA
Kebebasan Bepersatuan Pada Mahasiswa..apa pentingnya..?
Kebebasan berorganisasi, kebebasan menjalankan aktiviti secara berkumpulan dan kebebasan mencatur pergerakan sekumpulan orang yang merupakan kaitan sinonim dengan kebebasan berpersatuan bermakna tiap orang bebas menggerakkan organisasi ataupun istilah arabnya dipanggil "Jemaah". Kebebasan itu dipagari dengan kepentingan umum dan juga perkara berkaitan larangan perlakuan jenayah. Kebebasan merupakan satu termonologi yang bersifat simbiosis ataupun tidak jelas kerana ia adalah subjektif dari sudut praktikel mahupon pendekatan. Dalam erti kata mudah, kebebasan berpesaruan adala satu keperluan asasi bagi manusia berakal tetapi terhad dengan sekatan-sekatan tertentu. Sekiranya tembol kebebasan hak ini dikecap, nescaya pengurusan sistemetik organisasi akan dapat diterjemah dalam bentuk tindakan.
Dalam Islam, agama kita amat menggalakkan wujudnya pengurusan organisasi yang bersistemetik serta tersusun dan ini dapat dilihat oleh firman Allah SWT dalam surah as-Saf ayat 4 iaitu :" Sesungguhya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan teratur rapi, seolah olah mereka bangunan yang tersusun kukuh."
Dan juga hadis Nabi saw bersabda : "sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang dari kamu melakukan suatu kerja maka dia melakukan kerja itu dengan penuh kemahiran."
Posted by khairol at 8:11 PM 0 comments
Isu Politik Islam
Islam Dan Politik
Posted by khairol at 7:47 PM 0 comments
Isu Pembentukan Keluarga Islam
Diriwayatkan bahawa Rasulullah menceritakan kepada sahabat bahawa isteri al-Haththab (seorang pencari kayu api) adalah ahli syurga. kerana baiknya perangai dan skapnya kepada suaminya. Apabila ditanya kepada wanita itu bagaimana sikap terhadap suaminya, dia berkata:
"apabila suamiku keluar rumah untuk mencari kayu api, aku juga merasakan betapa ketih dan penatnya suamiku dalam usaha mencari rezeki untuk kami sekelarga. aku juga merasakan betapa hausnya dia berada di atas bukit-bukit seakan-akan kerongkong ku juga kering kerananya. maka aku sediakan air sejuk ntuk diminumnya apabila dia sampa di rumah.''
"aku susun kelengkapan rumahku engan sebaik-baiknya serta aku sediakan makanan kegemarannya. Kemudian aku tegak menunggu kepulangannay dengan pakaian yang baik, sehingga apabila dia pulang aku sambut bagaikan pengantin baru yang menyambut suaminya yang dirindui, aku serahkan diriku dengan pasrah kepadanya. Apabila dia ingin beristirehat au melayaninya. Apabila menghendakiku, aku sentiasa berada dalam pelukannya, bagaikan seorang kanak-kanak yang ditmang-timan dengan manja oleh ayahnya."
Beginilah jawapan isteri kepada seorang pengumpul kayi api yang diberitakan oleh Rasulullah bahawa wanita ini adalah ahli syurga. Sebagaimana yang dumpamakan oleh para ulama' bahawa isteri yang solehah seperti sekelompok gagak berterbangan belum tentu ada seekor gagak yang dihujung sayapnya ada tompok putih. Suami yang soleh dan Isteri yang solehah adalah impian setiap insan yang menginginkan keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat.
Posted by khairol at 3:28 PM 0 comments
Isu Undang-undang Islam
Majlis fatwa Pandang Serius Isu Pengkid
Persidangan majlis Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan melahirkan kebmbangan dengan fenomena pengkid iaiut anak gads yag menyamar sebagai lelaki samaada dari segi peilaku pemakaian sehingga melakukan seks sesama jenis.
Prfo. Dr Abdul Shukor Husin berkata bahawa gejala ini perlu disekat kerana semakin berleluasa dan semakain serius. beliau menyatakan bahawa gejala pengkid ini adalah haram di sisi syara'.
Posted by khairol at 3:16 PM 0 comments
Isu Negara Islam
Isu Negara ISlam bukan lah sat yang baru dalam negara kita. biarpun perkataan ''negara Islam'' tidak popular di zaman nabi Muhammad saw mahupun di zaman awal pemerintahan Islam di Semenanjung sebelum berlaku penjajahan barat. kewujudan masyarakat, wilayah,negeri atau negara melaksanakan hukum dan peraturan serta penghayatan hidup cara Islam sepenuhnya telah terpahat dalam lipatan sejarah tanah air.
"Negara Islam" pernah wujud. kini umat Islam harus mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah dicipta di abad ke 15 Masihi. Ia harus bermula dari diri individu Muslim sendiri seperti mana kata Hassan Al-Hudaibi,"tegakkanlah negara ISlam dalam dirimu sendiri" dan ikuti dengan menegakkan ''negara Islam'' dalam negara. ini sekaligus menuntut individu Muslim supaya memiliki kefahaman yang jelas tentang tasawwur nagara Islam yang dimaksudkan, serta memperjuangkannya.
Ibnu Taimiyyah menegaskan bahawa "memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuatan pimpinan) itu. olehitu kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang terbaik, melarang dari yang mungkar, membela orang ang teraniaya, melakukan jihad, laksanakan hudud dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak aka terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan."
Posted by khairol at 9:09 AM 0 comments
Thursday, October 23, 2008
Isu Penghayatan Islam
Zahirkan Kesyukuran Melalui Aidilfitri
Allah berfirman dalam surah Al-baqarah ayat 185 yang bermaksud " supaya kamu menyempurnakan bilangan iaitu hari-hari yang di tuntut untuk berpuasa dan hendaklah kamu bertakbir di atas kurniaan Allah kepada kamu mudah-mudahan kamu menjadi hamba yang bersyukur."
apabila kita berbicara mengenai hari raya maka kita akan mengatakan hari berseronok dan bergembira. memang ini tidak dinafikan dalam Islam iktiraf hak orang islam untuk berseronok dan bergembira, tetapi islam meletakkan batas-batas yang tertentu.
Bergembira dan berseronok dalam konteks bertakbir, membesarkan dan memuji Allah SWT. kerana itu pada hari raya aidilfitri disunatkan kita bertakbir sebagai kita mengzahirkan kesyukuran kita terhadap kurniaan Allah keatas diri kita.
dalam masa yang sama berterima kasih atas rasa bersyukur kurniaan Allah yang terbesar iaitu nikmat Islam dan iman. apa makna berseronok jika nikmat kedua-dua itu dilucutkan daripada diri kita. pada masa itu bergembira seseorang samalah seperti haiwan dan mereka yang tidak ada nilai islam dan Iman.
Posted by khairol at 5:55 PM 1 comments